Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Kepujian) UNISEL
Program Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Kepujian)
Akreditasi: (R3/482/6/0218) (08/28) (A7533)
Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Kepujian) memberi penekanan kepada pembangunan sistem, keselamatan siber, analisis data dan pengurusan infrastruktur teknologi bagi melahirkan graduan yang kompeten dalam bidang teknologi digital dan industri 4.0.
Tempoh Pengajian 3 Tahun
Bilangan Semester 9 Semester
Yuran Anggaran RM34,485.00

Maklumat Program

  • Tempoh pengajian 3 tahun merangkumi 9 semester
  • Fokus kepada pembangunan aplikasi dan sistem maklumat
  • Pendedahan kepada keselamatan siber, analitik data dan rangkaian komputer
  • Latihan industri sebagai persediaan kerjaya profesional

Syarat Kemasukan

Lepasan STPM

  • Lulus STPM dengan minimum Gred C (NGMP 2.00) dalam dua (2) mata pelajaran
  • Kepujian Matematik dalam SPM/setaraf

Lepasan STAM

  • Lulus STAM dengan minimum Gred Jayyid dalam mana-mana dua (2) mata pelajaran
  • Kepujian Matematik dalam SPM/setaraf

Asasi / Matrikulasi

  • Lulus Matrikulasi/Asasi dengan minimum CGPA 2.00
  • Kepujian Matematik dalam SPM/setaraf

Diploma Bukan Pengkomputeran

  • Lulus Diploma (Tahap 4, MQF) dalam bidang bukan Pengkomputeran dengan minimum CGPA 2.75
  • Kepujian Matematik dalam SPM/setaraf

Nota: Calon 4 kategori di atas yang memperoleh lulus dalam Matematik pada peringkat SPM boleh diterima masuk dan perlu mengambil serta lulus subjek Matematik pengukuhan yang setaraf dengan peringkat SPM. Subjek Matematik pengukuhan mesti ditawarkan pada semester pertama atau sebelum pendaftaran dengan tawaran tanpa syarat.

Lepasan UEC

  • Lulus UEC dengan mendapat Gred B dalam lima (5) mata pelajaran termasuk Matematik/Advanced Mathematics
  • Lulus Bahasa Inggeris

Diploma Pengkomputeran

  • Lulus Diploma dalam bidang Pengkomputeran (Tahap 4, MQF) dengan minimum CGPA 2.50

DKM / DLKM / DVM

  • Lulus Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) / Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) / Diploma Vokasional Malaysia (DVM) dalam bidang Pengkomputeran dengan minimum CGPA 2.50
  • Tertakluk kepada kelulusan Senat HEP / Lembaga Akademik

Nota: Pelajar dikehendaki mengambil dan lulus Matematik Pengukuhan sebelum dibenarkan mengambil kursus teras yang berkaitan.

Peluang Kerjaya

  • Penganalisa Sistem / Data / Keselamatan Siber
  • Jurutera Rangkaian Komputer
  • Penyiasat Forensik Data
  • Konsultan IT
  • System Developer

Kuasi Teknologi Digital dan Terajui Transformasi Industri

Bangunkan kepakaran teknikal untuk menjadi profesional IT yang memenuhi keperluan industri moden.

Mohon Sekarang

*Yuran pengajian tidak termasuk Yuran Semester, Yuran Sumber dan Yuran Penginapan.

Terbaru Lebih lama