About Us

Mengenai Info Masuk UNISEL

Selamat datang ke Info Masuk UNISEL – portal rujukan kerjaya dan pendidikan tinggi khas untuk bakal mahasiswa Universiti Selangor (UNISEL).


Siapa Di Sebalik Blog Ini?

Blog ini dikendalikan oleh seorang Staf Akademik UNISEL yang juga merupakan Agen Pemasaran Berdaftar bagi universiti ini. Dengan pengalaman bertahun-tahun dalam ekosistem pendidikan di UNISEL, matlamat kami adalah untuk memberikan maklumat yang tepat, telus, dan mudah difahami kepada masyarakat.

Mengapa Kami Wujudkan Portal Ini?

Kami faham bahawa memilih universiti dan program pengajian bukanlah perkara yang mudah. Banyak kekeliruan sering timbul mengenai:

  • Syarat kelayakan akademik (Diploma & Ijazah).
  • Prosedur permohonan yang betul.
  • Perbezaan kampus (Shah Alam vs Bestari Jaya).
  • Peluang bantuan kewangan dan biasiswa.

Oleh itu, portal ini diwujudkan sebagai one-stop center untuk membantu calon pelajar merancang masa depan mereka dengan lebih yakin.

Kelebihan Menggunakan Khidmat Kami:

  • Konsultasi Percuma: Bimbingan pemilihan kursus secara terus melalui WhatsApp.
  • Insider Info: Maklumat terkini dari fakulti dan pentadbiran UNISEL.
  • Bantuan Pendaftaran: Kami bantu pantau status permohonan anda sehingga berjaya.

Visi Kami

Menjadi platform rujukan nombor satu bagi lepasan SPM/STPM/Diploma yang ingin menyambung pengajian di UNISEL, sekaligus melahirkan lebih ramai graduan yang kompeten dan berjaya.

"Laluan Kerjaya Anda Bermula Di Sini."
Hubungi Kami Untuk Konsultasi Percuma →