Ijazah Sarjana Muda Industri Multimedia (Kepujian) UNISEL
Program Ijazah Sarjana Muda Industri Multimedia (Kepujian)
Akreditasi: (R3/213/6/0063) (05/29) (A7878)
Ijazah Sarjana Muda Industri Multimedia (Kepujian) memberi fokus kepada pembangunan animasi, produksi audio dan video, reka bentuk interaktif serta pembangunan permainan digital bagi memenuhi keperluan industri kreatif dan teknologi multimedia.
Tempoh Pengajian 3 Tahun
Bilangan Semester 9 Semester
Yuran Anggaran RM27,250.00

Maklumat Program

  • Tempoh pengajian 3 tahun merangkumi 9 semester
  • Fokus kepada animasi, produksi multimedia dan pembangunan permainan digital
  • Pendedahan kepada teknologi grafik, audio visual dan media interaktif
  • Pembangunan projek akhir dan portfolio profesional
  • Latihan industri sebagai persediaan kerjaya

Syarat Kemasukan

Lepasan STPM

  • Lulus STPM dengan minimum Gred C (NGMP 2.00) dalam dua (2) mata pelajaran
  • Kepujian Matematik dalam SPM/setaraf

Lepasan STAM

  • Lulus STAM dengan minimum Gred Jayyid dalam mana-mana dua (2) mata pelajaran
  • Kepujian Matematik dalam SPM/setaraf

Asasi / Matrikulasi

  • Lulus Matrikulasi/Asasi dengan minimum CGPA 2.00
  • Kepujian Matematik dalam SPM/setaraf

Diploma Bukan Pengkomputeran

  • Lulus Diploma (Tahap 4, MQF) dalam bidang bukan Pengkomputeran dengan minimum CGPA 2.75
  • Kepujian Matematik dalam SPM/setaraf

Nota: Calon 4 kategori di atas yang memperoleh lulus dalam Matematik pada peringkat SPM boleh diterima masuk dan perlu mengambil serta lulus subjek Matematik pengukuhan yang setaraf dengan peringkat SPM. Subjek Matematik pengukuhan mesti ditawarkan pada semester pertama atau sebelum pendaftaran dengan tawaran tanpa syarat.

Lepasan UEC

  • Lulus UEC dengan mendapat Gred B dalam lima (5) mata pelajaran termasuk Matematik/Advanced Mathematics
  • Lulus Bahasa Inggeris

Diploma Pengkomputeran

  • Lulus Diploma dalam bidang Pengkomputeran (Tahap 4, MQF) dengan minimum CGPA 2.50

DKM / DLKM / DVM

  • Lulus Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) / Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) / Diploma Vokasional Malaysia (DVM) dalam bidang Pengkomputeran dengan minimum CGPA 2.50
  • Tertakluk kepada kelulusan Senat HEP / Lembaga Akademik

Nota: Pelajar dikehendaki mengambil dan lulus Matematik Pengukuhan sebelum dibenarkan mengambil kursus teras yang berkaitan.

Peluang Kerjaya

  • Juruanimasi
  • Penerbit Audio / Video
  • Game Designer / Developer
  • Pereka Web / Grafik / Multimedia
  • Kreatif Digital Specialist

Cipta Kandungan Multimedia Bertaraf Industri

Bangunkan kemahiran kreatif dan teknikal untuk menerajui industri animasi, permainan digital dan produksi multimedia.

Mohon Sekarang

*Yuran pengajian tidak termasuk Yuran Semester, Yuran Sumber dan Yuran Penginapan.

Terbaru Lebih lama