Akreditasi: (R3/0412/6/0025) (06/29) (A10584)
Sarjana Muda Kewangan (Kepujian) memberi penekanan kepada analisis kewangan, pengurusan pelaburan, perbankan dan pengurusan risiko. Program ini membangunkan kemahiran analitikal serta pemahaman mendalam terhadap pasaran kewangan bagi menyediakan graduan yang kompeten dalam sektor kewangan dan perbankan.
Tempoh Pengajian
3 Tahun
Bilangan Semester
9 Semester
Yuran Anggaran
RM24,360.00
Maklumat Program
- Tempoh pengajian 3 tahun merangkumi 9 semester
- Fokus kepada pengurusan kewangan, pelaburan dan perbankan
- Meliputi analisis kredit, pengurusan risiko dan bajet
- Membangunkan kemahiran kuantitatif dan analisis pasaran kewangan
Syarat Kemasukan
Lepasan STPM
- Lulus STPM / setara minimum Gred C+ (NGMP 2.33) dalam 2 mata pelajaran
- Kepujian Matematik serta lulus Bahasa Inggeris di peringkat SPM / setara
Lepasan STAM
- Lulus STAM minimum Gred Jayyid
- Kepujian Matematik serta lulus Bahasa Inggeris di peringkat SPM / setara
Program Asasi / Matrikulasi / Foundation
- Lulus dengan minimum CGPA 2.50
- Kepujian Matematik serta lulus Bahasa Inggeris di peringkat SPM / setara
Diploma
- Lulus Diploma (Tahap 4 MQF) dalam bidang kewangan, perbankan, insurans atau berkaitan
- Minimum CGPA 2.50
UEC
- Minimum Gred B dalam 5 mata pelajaran termasuk Matematik
- Lulus Bahasa Inggeris
DKM / DLKM / DVM
- Lulus dalam bidang berkaitan
- Minimum PNGK 2.50
Peluang Kerjaya
- Akauntan
- Pengurus Kewangan
- Penganalisis Kewangan / Bajet
- Penganalisis Kredit
- Guru Matematik
- Remisier
Teroka Kerjaya Dalam Sektor Kewangan & Perbankan
Kuasi kemahiran analisis kewangan dan bina masa depan profesional dalam industri kewangan yang kompetitif.
Mohon Sekarang*Yuran pengajian tidak termasuk Yuran Semester, Yuran Sumber dan Yuran Penginapan.