Akreditasi: R3/813/4/0010)(05/29) (A7646)
Diploma Pengurusan Industri Sukan memberi pendedahan kepada aspek pengurusan, pentadbiran dan pembangunan industri sukan. Program ini menggabungkan elemen pengurusan perniagaan dengan keperluan khusus sektor sukan dan rekreasi bagi melahirkan graduan yang kompeten serta berdaya saing.
Tempoh Pengajian
3 Tahun
Bilangan Semester
8 Semester
Yuran Anggaran
RM19,985.00
Maklumat Program
- Tempoh pengajian 3 tahun merangkumi 8 semester
- Fokus kepada pengurusan acara sukan, pentadbiran organisasi sukan dan pembangunan atlet
- Meliputi aspek pemasaran sukan, pengurusan fasiliti dan keusahawanan dalam industri sukan
- Sesuai untuk pelajar yang berminat dalam sektor rekreasi, kecergasan dan pengurusan sukan
Syarat Kemasukan
Lepasan SPM
- Lulus SPM/setaraf dengan minimum tiga (3) Kepujian
Lepasan STAM
- Lulus STAM dengan minimum Gred Maqbul
Sijil Tahap 3 MQF
- Lulus Sijil (Tahap 3, MQF) dalam bidang berkaitan dengan minimum CGPA 2.00
SKM Tahap 3
- Lulus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan
UEC
- Lulus UEC dengan mendapat Gred B dalam tiga (3) mata pelajaran
- Lulus Bahasa Inggeris
Peluang Kerjaya
- Pegawai Pembangunan Sukan
- Jurulatih Kecergasan
- Pentadbir Sukan
- Recreational / Leisure Executive
Bangunkan Kerjaya Dalam Industri Sukan & Rekreasi
Gabungkan minat terhadap sukan dengan kemahiran pengurusan untuk membina kerjaya profesional dalam industri yang berkembang pesat.
Mohon Sekarang*Yuran pengajian tidak termasuk Yuran Semester, Yuran Sumber dan Yuran Penginapan.