50% Subsidi Yuran Pengajian (SPASEL)
Universiti Selangor (UNISEL)
Subsidi Pendidikan Anak Selangor (SPASEL) di Universiti Selangor adalah inisiatif yang diumumkan oleh Dato' Menteri Besar, Dato' Seri Amirudin Shari semasa pembentangan Belanjawan Selangor 2026. Melalui peruntukan RM17.38 juta, Kerajaan Negeri Selangor menanggung subsidi 50% yuran pengajian bagi meringankan beban kos pendidikan mahasiswa, manakala baki 50% lagi adalah melalui pinjaman PTPTN.
Berkuat kuasa mulai sesi September 2026, termasuk pengambilan April, Ogos & November 2026.
Anak jati Selangor atau pemastautin tetap. Terhad kepada 2,000 orang pelajar terawal kemasukan 2026.
Syarat SPASEL di UNISEL:
- i. Warganegara: Malaysia
- ii. Peringkat: Diploma dan Sarjana Muda (Keutamaan Lepasan SPM/SPTM 2025);
- iii. Akademik: Memenuhi syarat MQA/KPT dan telah menerima surat tawaran UNISEL;
- iv. Kategori Sosioekonomi
- v. Status: Pemastautin dari sekolah berdaftar di Negeri Selangor berdasarkan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM); atau
- vi. Status: Anak Selangor (Kod Negeri: 10, 41, 42, 43, 44)
Program ini terbuka kepada semua pelajar baharu sepenuh masa bagi program Diploma dan Ijazah Sarjana Muda di UNISEL mulai tahun 2026 dalam kalangan anak negeri dan pemastautin Selangor.
Pelajar diwajibkan membuat permohonan pinjaman PTPTN bagi tujuan SPASEL. Selepas berjaya, pelajar disarankan menghantar pengesahan penerimaan tawaran pinjaman ke Pejabat Jabatan Bantuan Pendidikan untuk pelaksanaan subsidi.
Tarikh permohonan PTPTN Kelompok 1: 1 hingga 30 April 2026.
*e-Form ini bertujuan untuk pengumpulan maklumat pelajar bagi tujuan SPASEL di UNISEL. Pelajar dikehendaki membuat permohonan pinjaman PTPTN bagi tujuan SPASEL.
.webp)