Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Kepujian) UNISEL
Program Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Kepujian)
Akreditasi: (R3/481/6/0653) (10/27) (A6522)
Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Kepujian) memberi penekanan kepada teori dan aplikasi pengkomputeran termasuk algoritma, struktur data, kecerdasan buatan, keselamatan siber dan pembangunan sistem bagi melahirkan profesional teknologi yang berkemahiran tinggi.
Tempoh Pengajian 3 Tahun
Bilangan Semester 9 Semester
Yuran Anggaran RM33,730.00

Maklumat Program

  • Tempoh pengajian 3 tahun merangkumi 9 semester
  • Fokus kepada algoritma, pengaturcaraan dan seni bina sistem komputer
  • Pendedahan kepada kecerdasan buatan, keselamatan siber dan analitik data
  • Pembangunan projek akhir dan latihan industri

Syarat Kemasukan

Lepasan STPM (Aliran Sastera)

  • Lulus STPM (Aliran Sastera) dengan minimum Gred C (NGMP 2.00) dalam dua (2) mata pelajaran

Lepasan STAM

  • Lulus STAM dengan minimum Gred Jayyid dalam dua (2) mata pelajaran

Asasi / Matrikulasi

  • Lulus Matrikulasi/Pengajian Asasi dengan minimum PNGK 2.00

Diploma Sains & Teknologi

  • Lulus Diploma Sains dan Teknologi (Tahap 4, MQF) dengan minimum CGPA 2.75
  • Kepujian bagi mata pelajaran berikut:
    • Matematik Tambahan di peringkat SPM/setaraf; atau
    • Matematik dan mana-mana satu mata pelajaran Sains, Teknologi atau Kejuruteraan di peringkat SPM/setaraf

Nota: Calon bagi kategori (b) perlu mengambil dan lulus Matematik Pengukuhan yang setaraf dengan Matematik Tambahan di peringkat SPM. Subjek ini mesti ditawarkan pada semester pertama atau sebelum pendaftaran dengan tawaran tanpa syarat.

Lepasan STPM (Aliran Sains)

  • Lulus STPM/setaraf dalam Aliran Sains dengan minimum Gred C (NGMP 2.00) dalam mata pelajaran Matematik dan satu (1) mata pelajaran Sains/ICT

Diploma Pengkomputeran

  • Lulus Diploma (Tahap 4, MQF) dalam bidang Pengkomputeran/setaraf dengan minimum CGPA 2.50

DKM / DLKM / DVM

  • Lulus Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) / Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) / Diploma Vokasional Malaysia (DVM) dalam bidang Pengkomputeran dengan minimum CGPA 2.50
  • Tertakluk kepada kelulusan Senat PPT / Lembaga Akademik

Nota: Pelajar dikehendaki mengambil dan lulus Matematik Pengukuhan sebelum dibenarkan mengambil kursus teras yang berkaitan.

Peluang Kerjaya

  • Penganalisa Sistem
  • Pentadbir Pangkalan Data
  • Konsultan IT
  • Jurutera Perisian
  • System Developer
  • Perunding IT
  • Tutor
  • Pengaturcara

Terajui Inovasi Teknologi dan Dunia Digital

Bangunkan kepakaran pengkomputeran untuk menjadi profesional IT yang memenuhi keperluan industri masa kini dan masa hadapan.

Mohon Sekarang

*Yuran pengajian tidak termasuk Yuran Semester, Yuran Sumber dan Yuran Penginapan.

Terbaru Lebih lama