Ijazah Sarjana Muda Sains Maklumat (Pengurusan Perpustakaan) (Kepujian) UNISEL
Program Ijazah Sarjana Muda Sains Maklumat (Pengurusan Perpustakaan) (Kepujian)
Akreditasi: (R2/0322/6/0002) (07/28) (MQA/FA0255)
Ijazah Sarjana Muda Sains Maklumat (Pengurusan Perpustakaan) (Kepujian) memberi tumpuan kepada pengurusan maklumat, sistem perpustakaan moden, pengurusan arkib dan teknologi maklumat bagi melahirkan profesional maklumat yang kompeten dan berdaya saing.
Tempoh Pengajian 3 Tahun
Bilangan Semester 8 Semester
Yuran Anggaran RM24,270.00

Maklumat Program

  • Tempoh pengajian 3 tahun merangkumi 8 semester
  • Fokus kepada pengurusan maklumat fizikal dan digital
  • Pendedahan kepada sistem pengkatalogan, klasifikasi dan pengurusan arkib
  • Aplikasi teknologi maklumat dalam pengurusan pusat sumber dan organisasi
  • Latihan industri sebagai persediaan kerjaya profesional

Syarat Kemasukan

Lepasan STPM

  • Minimum Gred C (NGMP 2.00) dalam dua mata pelajaran
  • Lulus Matematik atau Matematik Tambahan peringkat SPM

Lepasan STAM

  • Minimum Gred Jayyid
  • Lulus Matematik atau Matematik Tambahan peringkat SPM

Diploma (Tahap 4 MQF) / Matrikulasi / Asasi / Foundation

  • Minimum CGPA 2.00
  • Lulus Matematik atau Matematik Tambahan peringkat SPM

UEC

  • Minimum Gred B dalam 5 mata pelajaran
  • Lulus Matematik dan Bahasa Inggeris

DKM / DLKM / DVM Berkaitan

  • Minimum PNGK 2.50

Peluang Kerjaya

  • Perpustakawan
  • Pengurus Penerbitan
  • Pegawai Maklumat
  • Kurator
  • Media Specialist
  • Information Architect

Jadi Profesional Pengurusan Maklumat Bertaraf Industri

Bangunkan kepakaran dalam pengurusan perpustakaan dan maklumat digital yang relevan dengan keperluan organisasi moden.

Mohon Sekarang

*Yuran pengajian tidak termasuk Yuran Semester, Yuran Sumber dan Yuran Penginapan.

Terbaru Lebih lama