Akreditasi: (R3/481/6/0654) (11/27) (A6521)
Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Perisian (Kepujian) memberi penekanan kepada reka bentuk, pembangunan, pengujian dan penyelenggaraan perisian secara sistematik bagi melahirkan jurutera perisian yang kompeten dan memenuhi piawaian industri.
Tempoh Pengajian
3 ½ Tahun
Bilangan Semester
9 Semester
Yuran Anggaran
RM34,765.00
Maklumat Program
- Tempoh pengajian 3 ½ tahun merangkumi 9 semester
- Fokus kepada metodologi pembangunan perisian dan kejuruteraan sistem
- Pendedahan kepada analisis keperluan, reka bentuk sistem dan pengujian perisian
- Penggunaan teknologi dan bahasa pengaturcaraan terkini
- Latihan industri sebagai persediaan kerjaya profesional
Syarat Kemasukan
Lepasan STPM (Aliran Sastera)
- Lulus STPM (Aliran Sastera) dengan minimum Gred C (NGMP 2.00) dalam dua (2) mata pelajaran
Lepasan STAM
- Lulus STAM dengan minimum Gred Jayyid dalam dua (2) mata pelajaran
Asasi / Matrikulasi
- Lulus Matrikulasi/Pengajian Asasi dengan minimum PNGK 2.00
Diploma Sains & Teknologi
- Lulus Diploma Sains dan Teknologi (Tahap 4, MQF) dengan minimum CGPA 2.75
- Kepujian bagi mata pelajaran berikut:
- Matematik Tambahan di peringkat SPM/setaraf; atau
- Matematik dan mana-mana satu mata pelajaran Sains, Teknologi atau Kejuruteraan di peringkat SPM/setaraf
Nota: Calon bagi kategori (b) perlu mengambil dan lulus Matematik Pengukuhan yang setaraf dengan Matematik Tambahan di peringkat SPM. Subjek ini mesti ditawarkan pada semester pertama atau sebelum pendaftaran dengan tawaran tanpa syarat.
Lepasan STPM (Aliran Sains)
- Lulus STPM/setaraf dalam Aliran Sains dengan minimum Gred C (NGMP 2.00) dalam mata pelajaran Matematik dan satu (1) mata pelajaran Sains/ICT
Diploma Pengkomputeran
- Lulus Diploma (Tahap 4, MQF) dalam bidang Pengkomputeran/setaraf dengan minimum CGPA 2.50
DKM / DLKM / DVM
- Lulus Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) / Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) / Diploma Vokasional Malaysia (DVM) dalam bidang Pengkomputeran dengan minimum CGPA 2.50
- Tertakluk kepada kelulusan Senat PPT / Lembaga Akademik
Nota: Pelajar dikehendaki mengambil dan lulus Matematik Pengukuhan sebelum dibenarkan mengambil kursus teras yang berkaitan.
Peluang Kerjaya
- Penganalisa Sistem
- Pentadbir Pangkalan Data
- Konsultan IT
- Jurutera Perisian
- System Developer
- Perunding IT
- Tutor
- Pengaturcara
Jadi Jurutera Perisian Profesional Bertaraf Industri
Bangunkan kepakaran teknikal dan metodologi pembangunan perisian untuk memenuhi permintaan industri teknologi global.
Mohon Sekarang*Yuran pengajian tidak termasuk Yuran Semester, Yuran Sumber dan Yuran Penginapan.