Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal dengan Kepujian UNISEL
Program Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal dengan Kepujian – Fakulti Kejuruteraan dan Sains Hayat
Akreditasi: (R3/521/6/0037)(09/29) (MQA/FA9279)
Program Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal dengan Kepujian direka untuk melahirkan jurutera profesional yang kompeten dalam bidang reka bentuk mekanikal, sistem tenaga, automotif, aeroangkasa dan operasi loji. Program ini menggabungkan teori kejuruteraan yang kukuh dengan latihan makmal serta projek berasaskan industri.
Tempoh Pengajian 4 Tahun
Bilangan Semester 12 Semester
Yuran Anggaran RM51,552.00

Maklumat Program

  • Tempoh pengajian selama 4 tahun merangkumi 12 semester
  • Fokus kepada reka bentuk sistem mekanikal, termodinamik dan mekanik bendalir
  • Pendedahan kepada teknologi automotif, aeroangkasa dan operasi loji
  • Latihan makmal, projek tahun akhir dan latihan industri

Syarat Kemasukan

Lepasan STPM

  • Lulus STPM/setaraf dengan minimum Gred C (NGMP 2.00) dalam dua (2) mata pelajaran termasuk Matematik dan satu (1) mata pelajaran Sains yang berkaitan

Lepasan STAM

  • Lulus STAM dengan minimum pangkat Jayyid
  • Lulus SPM/setaraf dengan minimum Kepujian dalam tiga (3) mata pelajaran termasuk Matematik dan salah satu mata pelajaran Sains yang berkaitan

Matrikulasi / Foundation / Asasi

  • Lulus dalam bidang Sains Fizikal dengan minimum CGPA 2.00

Diploma

  • Lulus Diploma Kejuruteraan / Sains / Teknologi Kejuruteraan (Tahap 4, MQF) dengan minimum CGPA 2.00

UEC

  • Lulus Unified Examination Certificate (UEC) dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred B dalam lima (5) mata pelajaran termasuk Matematik dan Sains yang berkaitan
  • Lulus Bahasa Inggeris

DKM / DLKM / DVM

  • Lulus Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) / Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) / Diploma Vokasional Malaysia (DVM) dalam bidang berkaitan dengan minimum PNGK 2.50 tertakluk kepada kelulusan Senat PPT / Lembaga Akademik

Peluang Kerjaya

  • Jurutera Mekanikal
  • Jurutera Aeroangkasa
  • Jurutera Automotif
  • Jurutera Penyelenggaraan
  • Jurutera Nuklear
  • Jurutera Operasi Loji
  • Pensyarah

Mulakan Laluan Profesional Anda Sebagai Jurutera Mekanikal

Kuasai kemahiran kejuruteraan bertaraf industri dan bina kerjaya dalam sektor teknologi, tenaga dan pembuatan.

Mohon Sekarang

*Yuran pengajian tidak termasuk yuran semester, yuran sumber dan yuran penginapan.

Terbaru Lebih lama