Ijazah Sarjana Muda Industri Bioteknologi (Kepujian) UNISEL
Program Ijazah Sarjana Muda Industri Bioteknologi (Kepujian)
Akreditasi: (R3/0512/6/0003)(06/28) (A9126)
Program Ijazah Sarjana Muda Industri Bioteknologi (Kepujian) memberi penekanan kepada aplikasi bioteknologi dalam sektor industri seperti makanan, farmaseutikal, pertanian dan penyelidikan saintifik. Program ini menggabungkan asas sains biologi dengan teknologi moden bagi melahirkan graduan yang kompeten dan inovatif.
Tempoh Pengajian 3 Tahun
Bilangan Semester 9 Semester
Yuran Anggaran RM37,000.00

Maklumat Program

  • Tempoh pengajian selama 3 tahun merangkumi 9 semester
  • Fokus kepada mikrobiologi industri, bioproses dan teknologi makanan
  • Latihan makmal lanjutan dan projek penyelidikan
  • Latihan industri untuk meningkatkan pengalaman praktikal

Syarat Kemasukan

Lepasan STPM / A-Level

  • Lulus STPM/A-Level/setaraf dengan minimum Gred C (NGMP 2.00) dalam dua (2) mata pelajaran
  • Lulus SPM/setaraf dengan minimum tiga (3) kepujian termasuk Matematik dan salah satu mata pelajaran Sains

Lepasan STAM

  • Lulus STAM dengan minimum Gred Jayyid
  • Lulus SPM/setaraf dengan minimum tiga (3) kepujian termasuk Matematik dan salah satu mata pelajaran Sains

Matrikulasi / Foundation / Asasi

  • Lulus dengan minimum PNGK 2.00
  • Lulus SPM/setaraf dengan minimum tiga (3) kepujian termasuk Matematik dan salah satu mata pelajaran Sains

Diploma

  • Lulus Diploma (Tahap 4 MQF) atau setaraf dalam bidang berkaitan dengan minimum CGPA 2.00

UEC

  • Lulus Unified Examination Certificate (UEC) dengan mendapat Gred B dalam lima (5) mata pelajaran
  • Lulus Bahasa Inggeris

DKM / DLKM / DVM

  • Lulus Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) / Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) / Diploma Vokasional Malaysia (DVM) dalam bidang berkaitan dengan minimum PNGK 2.50
  • Tertakluk kepada kelulusan Senat PPT / Lembaga Akademik

Peluang Kerjaya

  • Ahli Bioteknologi
  • Pegawai Penyelidik
  • Pegawai Sains
  • Ahli Sains Makanan
  • Usahawan
  • Tutor

Terokai Inovasi Dalam Industri Bioteknologi

Bina kepakaran dalam bidang sains dan teknologi untuk menyumbang kepada pembangunan industri makanan, kesihatan dan penyelidikan.

Mohon Sekarang

*Yuran pengajian tidak termasuk yuran semester, yuran sumber dan yuran penginapan.

Terbaru Lebih lama