Melanjutkan pengajian ke peringkat menara gading memerlukan perancangan kewangan yang teliti, terutamanya bagi pelajar di Fakulti Sains Kesihatan (FSK). Salah satu inisiatif utama yang ditawarkan adalah Biasiswa SELFA Unisel, iaitu skim bantuan sara hidup yang memberikan wang saku percuma sebanyak RM3000 setahun sepanjang tempoh pengajian. Insentif ini direka khas bagi meringankan beban kos sara hidup mahasiswa agar mereka dapat memberikan fokus sepenuhnya kepada struktur pengajian yang telah ditetapkan oleh fakulti.
Manfaat Skim Bantuan Sara Hidup SELFA
Calon yang layak akan menerima wang saku percuma sebanyak RM300 sebulan untuk tempoh 10 bulan setahun. Agihan ini dibayar mengikut kalendar akademik UNISEL seperti berikut:
- Semester Panjang: Pembayaran bagi tempoh 4 bulan.
- Semester Pendek: Pembayaran bagi tempoh 2 bulan.
- Had Maksimum: Pembiayaan adalah selama 30 bulan bagi peringkat Diploma dan 40 bulan bagi Ijazah Sarjana Muda.
Syarat Kelayakan Akademik & Kewangan
Untuk memastikan anda memenuhi syarat bantuan sara hidup SELFA UNISEL, kriteria berikut mestilah dipatuhi secara ketat:
- Status Kewarganegaraan: Terbuka kepada warganegara Malaysia sahaja.
- Kriteria Ekonomi: Calon dari golongan B40 atau M40 dengan pendapatan isi rumah <RM8,000 berdasarkan takrifan PTPTN.
- Keperluan Penajaan: Calon wajib mengambil pinjaman PTPTN atau mempunyai penajaan yuran daripada mana-mana organisasi.
- Prestasi Akademik: Pelajar wajib mengekalkan pencapaian minimum GPA 2.00 bagi setiap semester.
- Kepatuhan Program: Pelajar tidak dibenarkan menukar program dan wajib mengikuti struktur pengajian yang diluluskan.
Senarai Program FSK yang Layak SELFA
Biasiswa ini dikhususkan untuk calon yang mendaftarkan diri sebagai pelajar di Fakulti Sains Kesihatan (FSK), Universiti Selangor bagi program-program berikut:
| No. | Program FSK UNISEL | Semak |
|---|---|---|
| Peringkat Diploma | ||
| 1 | Diploma Fisioterapi (HS303) | Semak Kelayakan |
| 2 | Diploma Pengimejan Perubatan (HS305) | Semak Kelayakan |
| 3 | Diploma Teknologi Makmal Perubatan (HS302) | Semak Kelayakan |
| 4 | Diploma Kesihatan Persekitaran (HS304) | Semak Kelayakan |
| Peringkat Ijazah Sarjana Muda (Degree) | ||
| 1 | Ijazah Sarjana Muda Sains Bioperubatan (HS406) | Semak Kelayakan |
| 2 | Ijazah Sarjana Muda Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (HS404) | Semak Kelayakan |
Prosedur Pendaftaran
Bagi memudahkan semakan kelayakan akademik FSK UNISEL, calon dinasihatkan untuk mengikuti prosedur pendaftaran berikut:
- Isi Google Form: Calon melengkapkan borang maklumat peribadi dan akademik melalui pautan yang disediakan.
- Semakan Syarat Masuk: Pihak kami akan menyemak keputusan peperiksaan (SPM/STPM/Diploma) bagi memastikan syarat kemasukan dipatuhi.
- Pendaftaran & Tawaran: Selepas pengesahan akademik, calon dibantu untuk pendaftaran rasmi. Biasiswa SELFA hanya ditawarkan bagi calon yang lulus temuduga UNISEL.
Terma Pengekalan dan Pembatalan Biasiswa
Penerima Biasiswa SELFA Unisel tertakluk kepada peraturan akademik yang ketat:
- Pengekalan GPA: Pelajar wajib mendapat sekurang-kurangnya GPA 2.00 setiap semester.
- Larangan Tukar Program: Pelajar dilarang menukar program pengajian setelah pendaftaran dibuat.
- Bayaran Balik: Pelajar wajib membayar balik semua pembiayaan SELFA yang diterima sekiranya GAGAL / BERHENTI / DIBERHENTIKAN.