UNISEL kini membuka pengambilan April 2026 untuk program Diploma dan Ijazah Sarjana Muda. Pelajar berpeluang menyertai universiti milik kerajaan negeri Selangor ini yang menawarkan pelbagai bidang pengajian relevan dengan pasaran kerja semasa.
Program Ditawarkan
Diploma: Bidang teknikal, perniagaan, pendidikan, sains sosial dan lain-lain (Rujuk senarai program diploma disini).
Degree (Ijazah Sarjana Muda): Program berkualiti tinggi yang melahirkan graduan berdaya saing di peringkat nasional dan antarabangsa (Rujuk senarai program degree disini).
Permohonan Kemasukan
Untuk memohon, pelajar hanya perlu mengisi Google Form mengikut program Diploma atau Degree yang diminati. Selepas borang dihantar, kelayakan akan disemak dan anda akan dihubungi untuk panduan seterusnya. Permohonan akan didaftarkan, dan pelajar hanya perlu menyemak status secara online.
Penerimaan Tawaran & Pendaftaran
Selepas menerima tawaran kemasukan:
Bayaran – Pelajar perlu membuat bayaran yuran kemasukan dan deposit asrama. Bukti pembayaran perlu dimuat naik secara online.
Pengesahan – Pelajar perlu mengesahkan penerimaan tawaran selepas menerima surat tawaran rasmi.
Pendaftaran –
Tarikh Pendaftaran & Minggu Tekad Siswa: 9 – 11 April 2026
Kuliah Bermula: 13 April 2026
Permohonan PTPTN
Batch 1: 1 – 30 April 2026
Batch 2: 1 – 31 Mei 2026
Kenapa Pilih UNISEL?
Universiti milik kerajaan negeri Selangor – jaminan kualiti & sokongan penuh.
Lokasi strategik dengan dua kampus utama.
Pelbagai program Diploma & Degree yang relevan dengan pasaran kerja.
👉 Langkah pertama anda: Isi Google Form program yang diminati.