Akreditasi: (R3/311/6/0018) (01/28) (A7806)
Program Ijazah Sarjana Muda Psikologi Industri (Kepujian) memberi pengetahuan mendalam mengenai tingkah laku manusia dalam organisasi dan persekitaran kerja. Program ini memberi tumpuan kepada pembangunan sumber manusia, psikologi organisasi, pengurusan prestasi dan kesejahteraan pekerja bagi melahirkan graduan yang mampu menyumbang kepada peningkatan produktiviti dan keberkesanan organisasi.
Tempoh Pengajian
3 Tahun
Bilangan Semester
9 Semester
Yuran Anggaran
RM23,970.00
Maklumat Program
- Tempoh pengajian selama 3 tahun merangkumi 9 semester
- Fokus kepada psikologi organisasi, tingkah laku pekerja dan pengurusan sumber manusia
- Pendedahan kepada kaedah penyelidikan dan analisis tingkah laku dalam organisasi
- Melatih graduan memahami faktor motivasi, kepimpinan dan kesejahteraan pekerja
Syarat Kemasukan
Lepasan STPM
- Lulus STPM dengan minimum Gred C (NGMP 2.00) dalam DUA (2) mata pelajaran
- Kepujian Matematik dan Sains / Fizik / Kimia / Biologi di peringkat SPM
- Lulus Bahasa Inggeris di peringkat SPM
Lepasan STAM
- Lulus STAM dengan minimum Gred Jayyid
Matrikulasi / Asasi / Foundation
- Lulus dengan minimum CGPA 2.00
Diploma
- Lulus Diploma dalam mana-mana bidang dengan minimum CGPA 2.00
UEC
- Minimum Gred B dalam 5 mata pelajaran termasuk Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris
DKM / DLKM / DVM
- Lulus dalam bidang berkaitan dengan minimum CGPA 2.50
Nota
- Calon yang tidak mempunyai keputusan Lulus dalam Matematik dan Sains/ Fizik/ Kimia/ Biologi di peringkat SPM / setaraf boleh diterima masuk dan perlu mengambil dan lulus subjek Matematik dan Sains/ Fizik/ Kimia/ Biologi pengukuhan khas yang setaraf dengan SPM.
Peluang Kerjaya
- Pegawai Sumber Manusia
- Perunding Kerjaya atau Perniagaan
- Psikologis Industri
- Pegawai Latihan dan Pembangunan
- Penyelidik Tingkah Laku Organisasi
- Perunding Organisasi
- Usahawan
Bina Kerjaya Dalam Bidang Psikologi Organisasi
Pelajari bagaimana tingkah laku manusia mempengaruhi organisasi dan bangunkan kerjaya dalam bidang sumber manusia, psikologi industri dan pembangunan organisasi.
Mohon Sekarang*Yuran pengajian tidak termasuk yuran semester, yuran sumber dan yuran penginapan.