Akreditasi: (R2/344/6/0262)(07/26) (A10548)
Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian) direka untuk melahirkan graduan profesional dalam bidang perakaunan, audit dan kewangan. Program ini memberi penekanan kepada piawaian perakaunan, percukaian, pengauditan serta analisis kewangan selaras dengan keperluan industri dan badan profesional.
Tempoh Pengajian
4 Tahun
Bilangan Semester
11 Semester
Yuran Anggaran
RM42,840.00
Maklumat Program
- Tempoh pengajian 4 tahun merangkumi 11 semester
- Fokus kepada perakaunan kewangan, perakaunan pengurusan dan pengauditan
- Meliputi percukaian, undang-undang perniagaan dan analisis kewangan
- Menyediakan asas kukuh untuk laluan profesional seperti ACCA, CPA dan badan perakaunan lain
Syarat Kemasukan
Keperluan Bahasa
- Telah mendapat MUET minimum Band 2
Lepasan STPM
- Lulus STPM / setara dengan minimum Gred C+ (NGMP 2.33) dalam DUA (2) mata pelajaran
- Mendapat Kepujian Matematik serta lulus Bahasa Inggeris di peringkat SPM / setara
Lepasan STAM
- Lulus STAM minimum Gred Jayyid
- Mendapat Kepujian Matematik serta lulus Bahasa Inggeris di peringkat SPM / setara
Program Asasi / Matrikulasi / Foundation
- Lulus dengan minimum CGPA 2.50
- Mendapat Kepujian Matematik serta lulus Bahasa Inggeris di peringkat SPM / setara
Diploma
- Lulus Diploma (Tahap 4 MQF) dalam bidang Perakaunan atau berkaitan
- Minimum CGPA 2.50
UEC
- Minimum Gred B dalam 5 mata pelajaran termasuk Matematik
- Lulus Bahasa Inggeris
DKM / DLKM / DVM
- Lulus dalam bidang berkaitan
- Minimum PNGK 2.50
Peluang Kerjaya
- Akauntan Bertauliah
- Juruaudit
- Jurubank
- Pengurus Kewangan
- Pengawal Kewangan
- Pemeriksa Cukai
- Penganalisis Kewangan
Langkah Awal Menjadi Akauntan Profesional
Bina asas akademik yang kukuh dan teruskan laluan profesional dalam bidang perakaunan dan kewangan.
Mohon Sekarang*Yuran pengajian tidak termasuk Yuran Semester, Yuran Sumber dan Yuran Penginapan.