Akreditasi: (R/145/6/0045)(07/26) (MQA/FA2970)
Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Kepujian) Pengajian Islam memberi pengetahuan mendalam dalam bidang pendidikan Islam serta penguasaan ilmu syariah, akidah dan pedagogi pendidikan. Program ini bertujuan melahirkan graduan yang berkemahiran dalam pengajaran, kepimpinan komuniti dan pembangunan masyarakat berteraskan nilai Islam.
Tempoh Pengajian
3.5 Tahun
Bilangan Semester
10 Semester
Yuran Anggaran
RM27,520.00
Maklumat Program
- Tempoh pengajian selama 3½ tahun merangkumi 10 semester
- Memberi pengetahuan dalam bidang pengajian Islam seperti akidah, syariah dan fiqh
- Fokus kepada pedagogi pendidikan Islam dan teknik pengajaran
- Menyediakan latihan praktikum pengajaran di institusi pendidikan
Syarat Kemasukan
Lepasan STPM
- Lulus STPM/setaraf dengan minimum Gred C (NGMP 2.00) dalam dua (2) mata pelajaran termasuk salah satu mata pelajaran yang berkaitan dengan Pengajian Islam
Lepasan STAM
- Lulus STAM dengan minimum Gred Jayyid
Asasi / Matrikulasi / Foundation
- Lulus Program Asas/Matrikulasi/Foundation Pengajian Islam dengan minimum PNGK 2.00
Diploma
- Lulus Diploma (Tahap 4, MQF) dengan minimum PNGK 2.00
Kelayakan Lain
- Kelayakan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia
Peluang Kerjaya
- Guru Pendidikan Islam
- Guru Agama
- Imam atau Pegawai Agama
- Pegawai Pematuhan Syariah
- Pegawai Sumber Manusia
- Tutor Pengajian Islam
- Usahawan
- Pengacara Majlis
Bina Kerjaya Dalam Pendidikan dan Pengajian Islam
Kuasai ilmu pendidikan dan pengajian Islam untuk menjadi tenaga pengajar serta pemimpin masyarakat yang berwibawa.
Mohon Sekarang*Yuran pengajian tidak termasuk yuran semester, yuran sumber dan yuran penginapan.