Akreditasi: (R3/0411/4/0111) (06/29) (A5916)
Diploma Perakaunan direka untuk melahirkan graduan yang berkemahiran dalam bidang perakaunan, kewangan dan pengauditan. Program ini memberi asas kukuh dalam prinsip perakaunan, pengurusan kewangan serta aplikasi sistem perakaunan moden bagi memenuhi keperluan industri.
Tempoh Pengajian
2 ½ Tahun
Bilangan Semester
7 Semester
Yuran Anggaran
RM19,745.00
Maklumat Program
- Tempoh pengajian 2 ½ tahun merangkumi 7 semester
- Memberi pendedahan kepada perakaunan kewangan, perakaunan pengurusan dan percukaian
- Penekanan kepada kemahiran praktikal dan aplikasi perisian perakaunan
- Sesuai untuk pelajar yang ingin menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Perakaunan atau bidang berkaitan
Syarat Kemasukan
Lepasan SPM
- Lulus SPM/setaraf dengan minimum tiga (3) Kepujian termasuk Matematik
- Lulus Bahasa Inggeris
Lepasan STAM
- Lulus STAM dengan minimum gred Maqbul
- Mendapat Kepujian Matematik dan lulus Bahasa Inggeris di peringkat SPM/setaraf
Sijil Tahap 3 MQF
- Lulus Sijil (Tahap 3, MQF) dalam bidang yang berkaitan dengan minimum CGPA 2.00
SKM Tahap 3
- Lulus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan
- Mendapat Kepujian Matematik dan lulus Bahasa Inggeris di peringkat SPM/setaraf
UEC
- Lulus UEC dengan mendapat Gred B dalam tiga (3) mata pelajaran termasuk Matematik
- Lulus Bahasa Inggeris
Nota Penting
- Calon yang tanpa Kepujian/lulus dalam Matematik dan tanpa lulus dalam Bahasa Inggeris di peringkat SPM perlu mengambil dan lulus mata pelajaran Matematik dan/atau Bahasa Inggeris pengukuhan yang setaraf dengan peringkat SPM.
- Mata pelajaran pengukuhan mesti ditawarkan pada semester pertama atau sebelum pendaftaran dengan tawaran bersyarat.
Peluang Kerjaya
- Pembantu Akaun / Kewangan
- Pembantu Audit
- Penolong Akauntan
- Pembantu Pengurus Dana
- Pembantu Perbendaharaan
- Perbankan
Mulakan Kerjaya Dalam Bidang Perakaunan & Kewangan
Bina asas kukuh dalam bidang perakaunan dan teruskan pengajian ke peringkat lebih tinggi untuk menjadi profesional bertauliah.
Mohon Sekarang*Yuran pengajian tidak termasuk Yuran Semester, Yuran Sumber dan Yuran Penginapan.