Pengenalan Unit Tajaan Pendidikan (UTP)
UTP bertanggungjawab untuk tadbir urus tajaan pendidikan bagi pelajar peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda di UNISEL.
Tajaan utama terbahagi kepada dua jenis: Pinjaman dan Biasiswa. Pelajar hanya boleh memilih satu tajaan sahaja.
Penyedia Tajaan Utama
PTPTN: Penyedia pinjaman majoriti, permohonan dibuat secara atas talian.
Kumpulan Media Karangkraf: Kerjasama dengan UNISEL untuk pelajar UNISEL dan IPT terpilih.
Pusat/Lembaga Zakat Negeri: Khusus untuk golongan asnaf.
Bantuan Khas: Disediakan oleh Unit Zakat dan Sedekah Pusat Islam UNISEL.
Kos Permohonan
RM5 untuk bayaran permohonan PTPTN secara atas talian.
RM20 untuk stem hasil semasa pengesahan penerimaan tawaran PTPTN secara dalam talian.
Tindakan Penting
PTPTN:
Memerlukan Surat Tawaran Rasmi, Akaun Bank Islam, dan aplikasi MyPTPTN untuk pengaktifan eKYC.
Pelajar perlu mengekalkan pointer (PNGK) melebihi 2.00 setiap semester untuk kelulusan dana seterusnya.
Surat tawaran PTPTN tidak perlu dihantar kepada Pejabat HEP atau Pejabat Kewangan Pelajar.
Tajaan Selain PTPTN:
Perlu menghantar satu salinan surat pengesahan tajaan kepada Pejabat Hal Ehwal Pelajar (HEP) dan Pejabat Kewangan Pelajar.
Maklumat Lanjut
Portal Pelajar (Student Portal): Wajib disemak setiap hari untuk maklumat umum dan memo.
eStudent (Student Verification Portal): Untuk maklumat peribadi, surat pengesahan pelajar/tajaan, dan cetakan keputusan peperiksaan.
Unit Tajaan Pendidikan mengucapkan tahniah kepada pelajar baharu UNISEL dan berharap mereka terus cemerlang.
Rujuk: Penerangan versi powerpoint